TAJUK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN



  • Menurut pendapat tokoh Barat, sosiologi pendidikan adalah satu bidang sains kemasyarakatan.
  • Sosiologi pendidikan juga ialah sains sosial yang menggunakan ilmu sosiologi untuk mengkaji bidang pendidikan dalam sesebuah masyarakat.
  •  Dalam erti kata lain sosiologi pendidikan melihat kepada pendidikan dari perspektif sosiologi.
  • Selain itu, sosiologi juga bertujuan untuk menyelidik, mengetahui dan memahami struktur asas masyarakat manusia, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan dan untuk mempelajari keadaan-keadaan yang mengubah kehidupan masyarakat.
  • Oleh itu, terdapat 3 teori utama dalam sosiologi pendidikan ini:
➤Teori Fungsionalisme

Mengkaji perlakuan sosial atau institusi. Melalui teori ini, masyarakat dianggapdalam kegiatan yang menyumbang seperti tubuh yang mempunyai tujuan kepada penerusan masyarakat dan keperluan tertentu.

Teori Konflik

Berlaku konflik dalam struktur teori ini mengkritik masyarakat kapitalisme dan menganalisis konflik-konflik dalam masyarakat.


KONFLIK DALAM PEMBELAJARAN

Terdapat juga konflik dalam pembelajaran. Ianya sering berlaku dalam sekolah di antara ahli-ahlinya. Contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar.Maka timbulah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. Manakala bagi pelajar pula mereka di tekan oleh ibu bapa dan guru untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
➤TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK
Melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat. Seseorang menginterpretasikan dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
RINGKASAN TOPIK
Sosiologi berhubung sangat rapat dengan pembelajaran dan pendidikan. Hal ini kerana pendidikan merupakan satu proses sosialis, proses pemilihan, proses pembudayaan dan sebagainya. Sebagai seorang pendidik anak bangsa suatu hari nanti, kita sebagai guru perlu memahami hubungan antara sosiologi dan pembelajaran dengan teori-teori yang telah dikemukakan dalam tajuk ini. Hal ini agar dapat membantu guru dalam mendidik anak bangsa agar menjadi warganegara yang berjaya. Seterusnya, guru juga mesti memahami sosiologi dan pembelajaran dengan baik hal ini bertujuan agar guru mampu memberi pendedahan tentang hubungkait antara sosiologi dan pembelajaran kepada pelajar agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN