TAJUK 2 : INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
- Get link
- X
- Other Apps
Interaksi Dan Pembelajaran
- Interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusann pembelajaran, bentuk-bentuk interaksi pembelajaran dan konsep-konsep sosiologi pembelajaran.
Apa maksud INTERAKSI ?
- Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain
- Tindak balas antara dua pihak atau lebih.
Interaksi dalam bilik darjah
- Interaksi = saling bertindak antara 1 dengan yang lain
- Guru perlu menggalakkan interaksi sama ada dengan guru atau sesama rakan yang lain semasa proses P&P
- Interaksi di bilik darjah boleh berlaku dalam bentuk lisan atau bukan lisan
Jenis Interaksi dalam bilik darjah
- Terdapat beberapa jenis interaksi bilik darjah.
- Interaksi sehala guru-pelajar. Interaksi sehala, dua hala, kumpulan, antara kumpulan, interaksi sosial (Shahabuddin et, al, 2007)
- Pelajar dipaksa utk menerima apa shj ilmu pengetahuan yg diberikan guru
- Guru jenis ini amalkan pendekatan autoritarian, pelajar tiada kuasa utk berinteraksi dgn pelajar lain.
Interaksi dua hala
- Menjadi dua hala bila guru bertanya pelajar menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab
- Interaksi antara rakan sebaya TIADA
- Interaksi pasif spt ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan rimas apabila perlu memasukkan terlalu banyak fakta ke dalam minda mereka
Interaksi kumpulan
- Bertujuan utk galakan penyertaan aktif pelajar dalam PdP.
- Kerja berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dpt berinteraksi dgn sesama mereka dlm perbincangan
- Guru hanya menjadi pemudahcara
- Interaksi sebegini mampu memupuk nilai positif spt bekerjasama, menghormati, toleransi, perpaduan.
- Dlm keadaan ini, pelajar yg takut, malu dgn kehadiran guru boleh dan mampu berinteraksi dgn aktif dgn rakan lain.
- Sesi sumbang saran sebegini mampu menjana idea yg berkualiti drpd pelajar
Interaksi antara kumpulan
- Selepas berbincang dalam kumpulan, boleh diadakan sesi pembentangan
- Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang
INTERAKSI SOSIAL
- Istilah sosial adalah konotasi kepada sesuatu perlakuan (behaviour) dalam sesuatu komuniti.
- Kamus Dewan mendifinisikan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, ia juga merujuk kepada persahabatan, pergaulan dan apa saja aktiviti yang dilakukan pada masa lapang.
- Namun dalam konteks bilik darjah, pendekatan interaksi sosial lebih menekankan aktiviti berkumpulan
- Ia bertujuan mewujudkan perpaduan dan kerjasama yg maksimum antara pelajar
- Strategi pembelajaran koperatif sgt sesuai utk wujudkan interaksi sosial
Interaksi berkesan
- Berlaku apabila mesej oleh penyampai diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima.
- Sekiranya maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, berlakulah konflik antara keduanya.
- Beberapa cara boleh diamalkan oleh guru untuk wujudkan interaksi berkesan, antaranya :
- Bersikap positif dan percaya kepada pelajar
- Bersifat ramah dan mesra
- Hormat pada pandangan dan pendapat pelajar
- Ketahui latar belakang pelajar
- Gunakan bahasa yang mudah difahami
- Galakkan pelajar berikan idea atau pandangan
- Gunakan nama pelajar ketika berinteraksi
Komunikasi
- Komunikasi (communication=Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat)
- Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.
- Menurut kamus komunikasi = interaksi adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara anggota-anggota masyarakat (Effendy. 1989: 184) .
- Individu, emosi, perlakuan dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. Individu-individu ini berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan kata-kata (Mead 1934).
BENTUK KOMUNIKASI
Secara umumnya ia terbahagi kepada:
1. Komunikasi lisan (oral communication) –
bahasa, intonasi suara, dialek
2. Komunikasi tanpa lisan – gerak isyarat (body language) cth: senyuman, genggaman tangan, anggukan kepala, ‘eye contact’
3. Komunikasi persuratan (written communication)
4. Komunikasi visual (visual communication)
5. Komunikasi isyarat (non-verbal communication)
6. Komunikasi wahyu
TAHAP KOMUNIKASI
1. Komunikasi Intraperibadi (intrapersonal communication)
2. Komunikasi Antara Peribadi (interpersonal communication)
3. Komunikasi Kumpulan Kecil
4. Komunikasi Kumpulan Besar
5. Komunikasi Keorganisasian + komunikasi antaraperibadi
ELEMEN DALAM PROSES KOMUNIKASI
PENGHANTAR
- Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan
MESEJ
- maklumat, idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain
ENKOD
- maklumat, idea atau pandangan diterjemahkan dalam bentuk-bentuk yang difahami oleh orang lain sama ada menggunakan perkataan, bahasa atau simbol
SALURAN
- mesej disalurkan kepada penerima melalui sama ada saluran iaitu percakapan atau melalui tulisan, visual atau pergerakan
PENERIMA
- orang yang menjadi sasaran mesej
DEKOD
- mesej diterima dan diterjemahkan atau ditafsirkan oleh penerima untuk memberi makna
MAKLUMBALAS
- Tindak balas terhadap penerimaan dan pemahaman mesej oleh penerima. Ia boleh jadi berbentuk lisan atau bukan lisan
GANGGUAN
- Perkara-perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau disalah tafsir
HALANGAN KOMUNIKASI
- Sikap penyampai & pendengar
- Suasana persekitaran
- Jarak
- bahasa tidak jelas
- Persepsi
- Emosi
- Komunikasi lisan dan bukan lisan tidak selari
- kekurangan kemahiran menulis
- kekurangan kemahiran mendengar
- kurang persefahaman
Kemahiran Komunikasi Berkesan
Kemahiran Tingkah Laku:
- Komunikasi mata
- Kedudukan tubuh dan pergerakan
- Mimik muka dan air muka
- Keterampilan
- Suara
- Kemahiran Menimbulkan Minat Orang
- Libatkan pendengar
- Menghiburkan
- Mengenal pasti keistimewaan orang lain
- Membawa topik perbualan yang anda mahir
Kemahiran Memberi Perhatian
- Mendengar dengan aktif
- Menumpukan sepenuh perhatian dengan pertembungan mata
- Mata tidak liar ke sana ke mari, tidak kerap melihat jam atau meninjau-ninjau keluar
- Duduk ke hadapan sedikit menghadap orang yang bercakap
- Memberi maklum balas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataan ‘ya’ atau mengangguk-angguk kecil
Kemahiran Mendengar
- Mendengar adalah asas penting dalam komunikasi lisan
membantu pengumpulan maklumat atau mesej dan memperbaiki kefahaman tentang kelakuan orang lain
Mendengar yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar secara aktif dan komprehensif yang melibatkan beberapa deria yang utama iaitu telinga, mata, mulut dan hati
- Telinga = untuk mendengar dengan aktif apa yang dicakapkan, suara dan nada suara yang boleh menggambarkan perasaan
- Mata = untuk melihat komunikasi bukan lisan yang nyata dan tidak nyata
- Mulut = untuk bersuara mengemukakan pertanyaan atau memberi maklum balas
- Hati = untuk sama-sama memahami perasaan yang lahir bersamanya dengan ikhlas
halangan dan gangguan semasa mendengar ;
- Keadaan sekitar yang tidak sesuai seperti cuaca, bising dan sebagainya
- Keadaan kesihatan diri
- Kutip maklumat yang anda gemar sahaja
- Prasangka
- Masalah lebih penting untuk difikirkan
- Kesimpulan sendiri
- Terlalu panjang
- Tidak bersetuju
- Memberi maklum balas palsu
Kemahiran Pemerhatian
- Pemerhatian boleh membantu mengesan maklumat bukan lisan yang dilahirkan atau tersembunyi
- Seorang pendengar pemerhati yang mahir dapat melihat dan membaca apa yang ada di dalam perasaan seseorang
- Gambaran mimik muka adalah yang paling hampir dengan perasaan
- Gambaran air muka yang bersahaja atau air muka yang berubah secara tiba-tiba boleh memberikan mesej dengan baik
- Mata juga memainkan peranan penting dalam memberi gambaran minda dan perasaan. Contohnya: seorang yang sudah bosan dengan perbualan biasanya akan kerap melemparkan pandangan ke tempat lain, meninjau-ninjau atau melihat jam
Kemahiran Mengemukakan Soalan
- Soalan digunakan bagi mendapatkan atau memberikan maklum balas.
- Kemukakan soalan yang tepat bagi mendapatkan maklum balas yang tepat.
3 JENIS SOALAN
Soalan tertutup
-memerlukan jawapan pendek ‘ya’ atau ‘tidak’
-tidak membawa banyak maklumat
-membataskan perbincangan
Soalan terpimpin
-mempengaruhi pendapat atau perasaan penerima
-Supaya sependapat dengan penghantar
Soalan terbuka
-memerlukan penerima memberikan pandangan atau perasaannya sendiri tanpa dipengaruhi
-memungkinkan perbincangan lebih lanjut
Kemahiran Memberi Refleksi Perasaan
- Kemahiran membaca perasaan orang lain adalah penting untuk mendapatkan mesej yang tepat
- Menggunakan kaedah merumus dan mengulangi apa yang dikatakan dalam ayat sendiri (rephrasing atau paraphrasing)
- Tujuannya ialah bagi mendapatkan kesahihan mengenai kefahaman anda tentang perasaannya dalam masa yang sama anda seolah-olah bersama dengannya menyelami perasaan tersebut
Kemahiran Memberi Maklum balas
- Maklum balas hendaklah diberi dengan cara jelas supaya tindakan dapat diambil oleh kedua-dua belah pihak bagi memperbaiki lagi ketepatan mesej.
- Antara perkara perlu diambil perhatian;
- Jelas dan tepat
- Tidak bersifat abstrak
- Tidak menyentuh peribadi individu
- Tidak bersifat menghentam
- Tidak membangkitkan tentang motif seseorang
RINGKASAN TOPIK
Interaksi sangat penting dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang guru interaksi antara guru dan murid sangat penting. Hal ini kerana, tanpa interaksi antara murid dan guru sisi pengajaran dan pembelajarAn yang baik tidak akan berlaku.Seorang guru perlu memainkan peranan yang penting di dalam kelas dengan melibatkan komunikasi berkesan. Sebagai contoh, sentiasa berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas ketika dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan bertanyakan soalan kepada pelajar dan sebagainya. Seterusnya seprang guru perlu sentiasa berpandangan positif terhadap pelajar agar pelajar selesa untuk berinteraksi dengan praktikal dan munasabah. Cara komunikasi juga sangat penting dalam menggalakkan interaksi antara guru dan pelajar. Jika seorang guru menggunakan perkataan yang kurang sopan ketika mengajar, tidak mustahil murid akan meniru cara komunikasi guru mereka. Oleh itu, seorang guru perlu bertutur dengan menggunakan ayat yang sopan agar pelajar selesa berinteraksi.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment