TAJUK 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR

DEFINISI PENGURUSAN
 
  • Harold Koontz (1972) mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.

  • Mary Parker Follet (1995) seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.


DEFINISI PEMBELAJARAN


  • Pembelajaran  adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu  situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut

  • BowerdanHilgard (1981) sebenarnya, pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.  Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan.
  • Fryetal (2003) Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.




DEFINISI PENGURUSAN PEMBELAJARAN

  • Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru.
  • Selain itu, ia juga dapat menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan.




KEPENTINGAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN



Berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar
Berfungsi dalam penyampaian ilmu iaitu berpandukan sukatan pelajaran
Mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajaran

Meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan





KONSEP MENGURUS PEMBELAJARAN



Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah:



1. Merancang

a) Merancang objektif pelajaran berdasarkan sukatan pelajaran,pengetahuan sedia ada murid.

b) Merancang pemeringkatan isi  pelajaran.

c) Merancang strategi dan kaedah pengajaran.

d) Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

e) Merancang bahan-bahan pengajaran

f) Merancang aktiviti kumpulan.

g) Merancang kemudahan dan susunan fizikal bilik darjah.

h) Merancang aktiviti penilaian.



2. Mengelola

a) Mengurus rutin bilik darjah.

b) Mengurus aktiviti murid

c) Mengurus bahan-bahan pelajaran.

d) Mengurus disiplin bilik darjah.

e) Mengurus aktiviti kumpulan.

f) Mengurus kaedah fizikal dan kemudahan.

g) Mengurus aktiviti penilaian



3. Mengawal

a) Mengawal peraturan-peraturan bilik darjah.

b) Mengawal aktiviti kumpulan.

c) Mengawal murid bermasalah peribadi.

d) Memastikan maslah disiplin tidak timbul.

e) Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan tanpa gangguan.



4.  Mengarah

a) Mengarah murid menjawab soalan guru

b) Mengarah murid mendengar membaca,mengira dan menulis.

c) Mengarah murid-murid membentuk kumpulan masing-masing.

d) Mengarah murid menguruskan tugas harian bilik darjah .

e) Mengarah murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

f) Mengarah murid mematuhi disiplin bilik darjah dan sebagainya.





Proses dan Kepentingan

➜Persediaan rancangan kerja

➜Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran.

➜Fungsi pelaksanaan pelajaran   
➜Kaedah penilaian pengajaran dan pembelajaran




Persediaan Rancangan Kerja

- Membuat perancangan sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH)

- Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah.

- Penyediaan buku rekod dan jadual

- Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

- Bahan-bahan pelajaran yang digunakan dalan proses P&P

- Penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian.

- Buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.





👉Fungsi-Fungsi Pembelajaran

Menurut Benjamin S Bloom “ pembelajaran yang didapati oleh manusia boleh diklasifikasikan kepada tiga bidang utama”  iaitu :



a) Bidang kognitif

- Melibatkan aspek intelektual iaitu pengetahuan/maklumat,pengertian  dan pemikiran.
- Berkembang dari pengetahuan yang mudah kepada  paras kegiatan mental yang lebih tinggi. 
- Ada enam elemen taksonomi Bloom iaitu:

➜Pengetahuan, kefahaman, aplikasi (pemikiran aras rendah),

➜Analisis, sintesis, penilaian(pemikiran aras tinggi).


b) Bidang psikomotor

- Psikomotor melibatkan fungsi otot dan kekuatan fizikal
- Berkaitan dengan aktiviti menulis,memukul dan lain-lain
- Antara aspek penilaian psikomotor :
          ➜ Meniru

➜ Menyusun

➜ Melakukan dengan prosedur

Melakukan baik dan tepat

➜ Melakukan tindakan secara alami



c)  Bidang afektif

 
Objektif  berhubung  dengan  sikap, penikmatan , nilai dan emosi.

pembelajaran akan tercapai  sekiranya  pelajar dapat membentuk sikap positif.

Mengikut Davi R.Krathworth dan  rakan-rakan(1964), ada  5 domain afektif



Domain Afektif :

Menerima
Bertindak balas
Menilai 
Mengelola
Perwatakan




RINGKASAN TOPIK

    Pengurusan didefinisikan sebagai suatu proses merancang bagi menggapai sesuatu matlamat. Selain itu, pengurusan juga boleh dikatakan sebagai proses mengelola dan mengawal gerak kerja setiap ahli di dalam sesuatu organisasi. Sebagai seorang guru, pengurusan sangat penting hal ini kerana mutu kerja sesorang guru itu akan lebih bagus jika seseorang guru itu mempunyai cara pengurusan yang baik. Dalam pengurusan dan pembelajaran ini terdapat dua jenis pengurusan yang perlu dititikberatkan antaranya ialah pengurusan bilik darjah dan sekolah. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis pengurusan lain iaitu penguruan pelbagai budaya dan juga pelbagai upaya. Terdapat juga pelbagai lagi sistem pengurusan lain yang telah diterangkan dalam tajuk ini. Oleh itu, guru mestilah bijak dalam menguruskan sesuatu agar dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan bermutu tinggi dalam melahirkan anak-anak bangsa yang berjaya suatu hari nanti.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN