TAJUK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI DI SEKOLAH


KEPIMPINAN SEKOLAH

Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Robert Kreither - Keupayaan mempengaruhi anggota untuk mencapai tujuan organisasi secara sukarela. Pengertian ini menekankan pada kemampuan pemimpin yang tidak memaksa dalam menggerakkan anggota organisasi agar melakukan pekerjaan/kegiatan yang terarah pada tujuan organisasi.

ORGANISASI SEKOLAH

Perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). *Dewan Bahasa & Pustaka.

Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah.

Sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif.


ORGANISASI DAN KEPIMPINAN SEKOLAH

➜PENGETUA
- Pemimpin/Ketua
- Pengurus kurikulum dan kokurikulum
- Pengurusan tenga pengajat dan kakitangan
- Pengurusan dalaman dan luaran

PENOLONG KANAN
- Mengajar
- Membantu pengetua dalam pengurusan kurikulum
- Bantu dalam pentadbiran harian

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
- Mengajar
- Pengurusan kebajikandan disiplin pelajar
- Kemasukan dan pendaftaran pelajar
- Perhubungan awam tugas-tugas lain

PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM
- Mengajar
- Pengurusan kurikulum dan kokurikulum
- Perhubungan awam
- Pentadbiran harian
- Tugas-tugas lain

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
- Menyusun program pelaksanaan bimbingan dan kaunseling
- Memberikan khidmat kaunseling kepada pelajar menyusun laporan
- Membuat rancangan tahunan sekolah

GURU KELAS
- Buku daftar kedatangan
- Pengurusan yuran khas
- Perkara-perkara akademik
- Bantuan kewangan
- Biasiswa
- Tugas-tugas lain
 
GURU
- Mengajar
- Membuat perancangan P&P
- Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid
- Mentadbir dan mengurus bilik darjah
- Tugas-tugas lain

MURID
- Mematuhi dan memahami peraturan sekolah
- Menjaga dan memelihara harta benda sekolah
- Menjaga serta meningkatkan kebersihan sekolah
- Memahami susun lapis masyarakat di sekolah
- Menghormati lagu sekolah

TEORI KEPIMPINAN               

 TEORI SIFAT

Penekanan kepada sifat/kualiti yg dimiliki seseorang untuk melayakkan jadi pemimpin

  • Bercita‐cita tinggi & bertenaga
  • Kemahuan untuk memimpin 
  • Kejujuran & integriti
  • Keyakinan diri yang tinggi
  • Tahap kemantapan yang tinggi
  • Pengetahuan luas dalam tugas yang dilakukan 
  • Tidak pedulikan keperluan pengikut
  • Gagal menjelaskan kepentingan pelbagai sifat relatif
  • Tidak mampu memisahkan antara sebab & penyebab
  • Membelakangkan faktor/peluang keemasan

TEORI TINGKAH LAKU

Ada dua kategori :

➧Berorientasikan tugas
  •   Memberi tugas/arahan tertentu kepada subordinat
  • Harapan adalah subordinate tekun & berprestasi
  • Penekanan kpd ‘deadlines’ utk siapkan kerja
  • Autokratik
  • Bergantung kuasa kedudukan
  • Piawai yang ketat
  • Kawalan yang ketat

➧Berorientasikan pekerja
  • Yakin meyakini 
  • Hormat & menghargai sumbangan pekerja
  • Membantu masalah 
  • Memberi galakkan
  • Hubungan mesra
  • Memberi peluang pekerja membuat keputusan

TEORI KONTINGENSI
  • Mengambil kira faktor situasi yang akan mempengaruhi keberkesanan kepimpinan.
  • Situasi tahap struktur tugas yang dijalankan.
  • Situasi kualiti perhubungan antara pemimpin & ahli.
  • Situasi kedudukan kekuasaan.
  • Situasi kejelasanan pesanan/arahan kerja.
  • Situasi norma kumpulan.
  • Situasi kesediaan maklumat. 
  • Situasi penerimaan pengikut terhadap keputusan pemimpin.
  • Situasi kematangan pengikut.

KEPIMPINAN GURU

  • Menurut York-Barr & Duke (2008), kepimpinan Guru adalah proses di mana guru-guru, secara individu atau secara kolektif, mempengaruhi rakan-rakan mereka, pengetua, dan ahli-ahli masyarakat sekolah untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk meningkatkan pembelajaran dan pencapaian pelajar.
  • Menurut Hussein ( 1993 ), jenis-jenis kepimpinan guru ialah kepimpinan kurikulum, kepimpinan terhadap staf, kepimpinan Hal Ehwal Murid, kepimpinan kewangan dan fizikal, kepimpinan antara sekolah masyarakat dan kepimpinan am.
  • Haris & Mujis (2005) – terdapat dua konsep utama dalam membentuk ciri-ciri kepimpinan guru
  • Peranan & tanggungjawab - Guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya dalam batasan ruang lingkup bilik darjah
  • Kerjasama - Berperanan membimbing pelajar dan teman sekerja ke arah matlamat yang hendak dituju

KEMAHIRAN KEPIMPINAN GURU

 Katzenmeyer & Moller (2005) menghuraikan 3 kemahiran kepimpinan guru:
  • Kebolehan mempengaruhi pelajar ataupun rakan setugas & bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum, & pembentuk pendekatan bagi menerajui pembelajaran
  • Mengambil bahagian dalam tugas-tugas operasi sekolah seperti penglibatan dan berperanan sebagai sumber/media, guru disiplin, guru persatuan dan bertindak selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh pihak sekolah
  • Berupaya melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik sebagan ahli seperti PIBG, jawatankuasa kantin dan lain-lain.


KOMPETEN KEPIMPINAN GURU

  • Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
  • Cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum
  • Mengamalkan budaya beretika
  • Memiliki budaya jati
  • Mahir berkomunikasi dengan berkesan
  • Produktif


KEPIMPINAN GURU MASA KINI

  •  Penjana budaya sekolah
  • Kepimpinan pelbagai kebolehan
  •  Kepimpinan pengajaran
  •  Kepimpinan membuat keputusan
  •  Kepimpinan mengurus bilik darjah
  •  Kepimpinan pengupayaan
  •  Kepimpinan kerja dalam bilik darjah
  •  Memperkasa kecerdasan emosi
  •  Mengamalkan komunikasi berkesan
GAYA KEMPIMPINAN

Gaya   kepimpinan   menurut   Thoha   (1995: 37)   pula   ditakrifkan sebagai perilaku atau cara yang dipilih & dipergunakan pemimpin dalam mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap & perilaku orang bawahannya.  

AUTOKRATIK
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas.

DEMOKRATIK 
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya.

LAISSEZ-FAIRE
Kepimpinan bercorak laissez-faire yang melibatkan pemimpin yang sedikit sekali menggunakan kuasanya dan memberi orang bawahannya sepenuh kebebasan untuk mengendalikan kerja mereka.

KONTIGENSI
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation).

ASERTIF
Kepimpinan asertif adalah sikap di mana seseorang mampu bertindak sesuai dengan keinginannya, membela haknya dan tidak dimanfaatkan oleh orang lain.

 RESPONSIF
Kepimpinan responsif adalah sikap pemimpin yang mendengar dan melihat dahulu sebelum membuat tindakan. 

AGRESIF
Gaya kepimpinan agresif adalah sifat yang self-centered iaitu hanya mengutamakan hak, kepentingan, pendapat, kehendak dan perasaan sendiri serta mengabaikan hak orang lain. 


RINGKASAN TOPIK

Kepimpinan dalam sesuatu organisasi amat penting dalam memastikan sesuatu organisasi itu sentiasa dalam keadaan baik. Dalam tajuk ini, telah menyatakan bahawa pentingnya kepimpinan dalam organisasi sekolah. Tanpa kepimpinan yang baik, pengurusan sesebuah sekolah itu akan menjadi huru-hara. Ketu di sekolah menengah dipanggi sebagai pengetua manakal ketua di sekolah rendah di panggil sebagai guru besar. Mereka ini memainkan peranan penting dalam mentadbir sekolah dan mereka ini dibantu oleh guru penolong kanan, guru penolong guru hal ehwal murid dan ramai lagi. Selain itu, cara kepimpinan juga merupakan perkara yang penting dalam memastikan pentadbiran sesebuah sekolah itu berjalan lancar. Sebagai contoh, seseorang pemimpin itu perlu mempunyai sifat-sifat terpuji dalam memimpin contohnya bercita‐cita tinggi & bertenaga, kemahuan untuk memimpin, kejujuran & integriti, keyakinan diri yang tinggi, tahap kemantapan yang tinggi dan banyak lagi sifat nilai-nilai murni. Seterusnya, seseorang pemimpin itu mestilah menjauhkan diri dari cara-cara kepimpinan yang salah contohnya autokratik dan agresif bagi mengekalkan pentadbiran yang bagus.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN