TAJUK 5 : PENGURUSAN MURID
- Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di dalam sebuah institusi pendidikan.
- Hal ini kerana pengurusan murid yang efektif dan berjaya boleh memberi impak yang mendalam terhadap hal ehwal murid itu seperti contoh displin, tingkah laku, kemahiran berfikir, kecerdasan kognitif, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal.
- Proses pengurusan murid terdiri daripada beberapa aspek iaitu aspek perancangan,pengelolaan, pentadbiran dan pengawalan atau pemulihan.
- Perancangan merupakan satu proses menentukan objektif dan cara pengoperasian aktiviti-aktiviti pengurusan murid yang bertujuan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
MENGURUS REKOD MURID
➜APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid)
- Aplikasi ini digunakan oleh guru untuk merekod latar belakang,kehadiran,keputusan peperiksaan dan kesihatan setiap murid.
- Diselenggarakan oleh guru data dan guru kelas.
➜SSDM (Sistem Sahsiah Diri Murid)
- Sistem ini merupakan satu sistem yang menguruskan sahsiah diri seseorang murid itu.
- Bertujuan untuk menilai amalan baik dan buruk yang dilakukan oleh murid sepanjang berada di sekolah.
KESEDIAAN MURID BELAJAR
➜Konsep kesediaan murid belajar
- Keadaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesustu pengalaman pembelajaran yang baru
➜Jenis kesediaan murid belajar
Kesediaan belajar bergantung kepada kelengkapan diri sendiri dari segi perkembangan mental, sikap, emosi dan fizikal.
- Kesediaan kognitif
- Kesediaan afektif
- Kesediaan psikomotor
➣Kesedian Kognitif- Berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir.
Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
➣Kesediaan afektif - Merujuk kepada sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk menerima pelajaran yang disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
➣Kesediaan psikomotor- Merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada tindakan fizikal termasuklah perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan.
➜Faktor yang mempengaruhi kesediaan belajar
- Pengalaman
- Kematangan
➜Masalah perbezaan kesediaan belajar
- Perbezaan perkembangan mental
- Perbezaan sikap dan minat
- Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
- Perbezaan keyakinan diri
- Perbezaan jantina
MEMOTIVASIKAN MURID
➬ Konsep Motivasi
- Tingkah laku untuk mencapai keinginan dalam diri
- Akan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada akhirnya.
- Bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha bersungguh-sungguh.
➬ Teknik intrinsik
- Dorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran
- Berkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
- Dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966) cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu
- Diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik
➬ Teknik ekstrinsik
- Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan seseorag untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya
- Contoh : ibu dan ayah memberi ganjaran setelah mendapat keputusan yang cemerlang.
➜CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI KEPADA MURID
- Persekitaran P & P
- Menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajarnya.
- Tentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik yang perlu dicapai oleh pelajarnya.
- Tentukan penglibatan pelajar2 dalam semua aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas
- Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
- Mewujudkan suasana tolong menolong antara pelajar.
- Mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan pencapaian kerja mereka
➜IMPLIKASI MOTIVASI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
- Boleh menggunakan set induksi yang menarik untuk membangkitkan naluri ingin tahu pelajar seperti menayangkan video dan sebagainya.
- Suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
- Sebagai contoh melakukan aktiviti permainan yang berorientasikan Matematik
- menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positi.
- Sebagai contoh memberi senyuman dan mengangguk kepala semasa berinteraksi dengan pelajar.
RINGKASAN TOPIK
Bukan hanya pengurusan pentadbiran sekolah sahaja perlu diberi perhatian tetapi pengurusan murid juga penting dalam organisasi disesebuah sekolah. Pengurusan murid amad penting dalam menentukan sifat dan watak seseirang pelajar di sekolah. Sebagai contoh, pengurusan murid yang bagus dan efektif dapat memberi kesan yang besar dan positif terhadap hal ehwal pelajar yang terdiri daripada disiplin pelajar, tingkah laku pelajar, cara mereka berfikir, kecerdasan kognitif dan sebagainya. Seterusnya, guru-guru juga perlu memastikan kesediaan murid untuk belajar. Hal ini dapat membantu guru membuat persediaan awal. Terdapat 3 jenis kesediaan belajar bagi pelajar yang guru perlu tahu antaranya ialah kesediaan efektif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Sebagai seorang pendidik juga, seseorang guru itu perlu sentiasa memberi motivasi kepada pelajar untuk pelajar sentiasa bersemangat dalam menuntut ilmu. Hal ini juga dapat memberi impak yang positif kepada pelajar agar mereka lebih bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu sekaligus menjadikan mereka rakyat Malaysia yang berjaya dalam pelbagai bidang.
Comments
Post a Comment