TAJUK 11: STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

BILIK PEMBELAJARAN
  
  • Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya proses PdP yang melibatkan pelajar dan guru.
  • Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya proses PdP di sekolah.
  • Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja (guru dan pelajar), almari, papan kenyataan, dan papan hitam/putih.
  • Bagi mata pelajaran tertentu, perabot dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
  • Bilik darjah tradisi  
  • Bilik darjah terbuka
  • Bilik darjah bercantum
  • Bilik darjah pra sekolah
  • Bilik darjah Pembelajaran Abad ke 21
  • Bilik darjah multimedia
  • Bilik darjah mata pelajaran khas
➽Bilik Darjah Tradisi

  • Kerusi dan meja disusun baris demi baris.
  • Sesuai untuk aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas dan berpusatkan guru.
  • Murid-murid yang mempunyai tubuh badan kecil/kurang aktif/ pendengaran yang kurang, biasanya ditempatkan di barisan hadapan.
  • Aktiviti melibatkan murid dalam proses PdP jarang digunakan menyebabkan murid pasif semasa mendengar pengajaran guru.
➽Bilik Darjah Terbuka

  • Aktiviti PdP biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di beberapa tempat di bilik darjah secara serentak.
  • Tiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberikan kepada murid untuk memilih, merancang, dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
  • Ujian, peperiksaan, dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat minimum.
  • Murid-murid bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.

➽Bilik Darjah Bercantum

  • Umur murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka.
  • Bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang.
  • Semasa guru mengajar murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri.
  • Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk yang tidak ramai.
➽Bilik Darjah Prasekolah

  • Kanak-kanak dalam lingkungan 4-6 tahun.
  • Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara informal. 
  • Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
  • Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
➽Bilik Darjah Multimedia

  • Dilengkapi dengan komputer untuk aktiviti PdP.
  • Pelajar digalakkan memperoleh maklumat melalui internet.
  • Strategi PdP adalah berpusatkan pelajar dan bahan.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator.
  • Interaksi pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
➽Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

  • Menjalankan aktiviti seperti amali/projek tertentu.
  • Bilik darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti amali/projek (misalnya sinki, paip air, dll).
  • Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan.

➽Bilik Mata pelajaran Khas

  • Bilik darjah
  • Makmal sains
  • Makmal ICT/multimedia
  • Bilik PSV
  • Gimnasium
  • Bengkel kemahiran – KHB, RBT, MPV
  • Bilik Muzik

➽Carta organisasi pengurusan bilik khas mata pelajaran

  • Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
  • Pengurusan & Penyelenggaraan
  • Pengurusan Stok
  • Keselamatan
  • Kebersihan & Keceriaan

STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH

➽Saiz Bilik Darjah

  • Saiz bilik darjah penting kerana ia menjamin keselesaan murid.
  • Ukuran bilik darjah untuk 40 orang murid = 7m x 9 m.
  • Mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dan menjalankan aktiviti.

➽Susunan Bilik darjah

  • Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan gaya pengajaran guru.
  • Seharusnya memberi kemudahan kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan.

➽Peralatan

  • Kerusi dan meja murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal murid)
  • Kerusi dan meja guru
  • Papan hitam/putih
  • Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan dan rujukan)
  • Rak buku
  • Bahan pengajaran dan pembelajaran

➽Pencahayaan dan Pengudaraan

  • Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi.
  • Tingkap dan pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk.
  • Bilik darjah yang gelap dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan murid.
  • Situasi ini menyebabkan murid mudah berasa letih dan mengantuk.

➽Ciri Keselamatan

  • Ruang kerja selesa – susun atur perabot
  • Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
  • Cahaya dan pengudaraan yang cukup
  • Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
  • Sudut pameran/hasil kerja murid
  • Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
  • Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin

➽Bilik Darjah Pembelajaran Abad ke 21

  • Kerusi dan meja disusun mengikut kumpulan.
  • Murid-murid dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan.
  • Menggalakkan interaksi antara guru-murid dan murid-murid.
  • Aktiviti murid dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif.
  • Murid dibenarkan bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan. 
RINGKASAN TOPIK
    Daripada bab ini telah menerangkan bahawa seorang guru itu perlu kreatif dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam strategi dalam menguruskan bilik pembelajaran. Hal ini kerana bagi memastikan keselesaan murid-murid di dalam kelas. Bilik pembelajaran yang selesa akan mempengaruhi kemahuan pelajar untuk minat dalam belajar dan datang ke sekolah. Selain itu, dalam bab ini juga terdapat jenis-jenis bilik pembelajaran dan guru perlu tahu tentang perkara ini sebagai perkara asas untuk menjadi seorang guru yang cemerlang.

Comments

Popular posts from this blog

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN