TAJUK 12: PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
➽PEMULIHAN
· Pengajaran yang memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalangnya berfungsi secara normal.
· Ia bukan disebabkan kecacatan tetapi disebabkan akibat dari gangguan dalam diri (psikologi).
· PROGRAM PEMULIHAN KHAS disediakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.
· Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
· Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.
➽KONSEP PEMULIHAN
· Mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik.
· Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya
· Melalui program khusus, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenalpasti dan dipenuhi.
➽CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN
- Rendah dirI
- Pasif
- Cepat bosan
- Malas
- Lemah pemahaman
- Kerap tidak hadir sekolah
- Mengganggu rakan
·
➽PERANAN GURU
· Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
·
Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.
·
➽PENGGAYAAN
· Aktiviti tambahan yang lebih kompleks tetapi menarik dan mencabar.
· Ianya amat berlainan daripada pembelajaran kemahiran asas, mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman serta memperkembangkan kemahiran yang sedang dipelajari.
· Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar
· Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
· Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
· Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
➽OBJEKTIF PENGGAYAAN
· Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka.
➽JENIS-JENIS PENGGAYAAN
· Penggayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
· Penggayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
Penggayaan mendatar
|
Penggayaan Menegak
|
Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan
|
Dirancang mengikut kumpulan yang cerdas
|
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan adalah berlainan antara individu
|
Kadar kesukaran aktiviti pengayaan bagi murid kumpulan cerdas yang sama
|
Jenis aktiviti pengayaan biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang diajar
|
Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kertas projek, permainan, rekreasi
|
Tujuan: mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan menimbulkan minat dalam aktiviti
|
Tujuan: mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran mencungkil bakat, kerjasama
|
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan menggunakan kemahiran yang sama
|
Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana & lambat menjalankan aktiviti pengukuhan dan aktiviti pemulihan
|
➽BERKEPERLUAN KHAS
· Pelajar bermasalah pembelajaran - kesulitan dalam akademik, ketidakaturan dalam bahasa dan penuturan, kesulitan dalam proses pemikiran.
· Pelajar pintar cergas - Murid yang dikenalpasti mempunyai kebolehan dan pencapaian yang melebihi paras normal berbanding murid yang sebaya.
➽CIRI-CIRI PINTAR CERDAS
· Perbendaharaan kata yang lebih luas.
· Mempunyai kematangan dari segi penggunaan istilah.
· Keistimewaan dalam matematik.
· Mencari kesempurnaan kendiri.
· Tidak mudah berpuas hati dengan jawapan yang mudah.
· Petah berkomunikasi.
➽PELBAGAI KECERDASAN
· Konsep pelbagai kecerdasan merujuk kepada pelbagai cara untuk tahu, belajar dan melahirkan apa-apa yang diketahui.
· Diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983.
· Memperkenalkan 9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu.
· Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran.
➽ JENIS-JENIS PELBAGAI KECERDASAN
· Kecerdasan logik-matematik
· Kecerdasan verbal-linguistik
· Kecerdasan Muzik
· Kecerdasan Kinestetik Badan
· Kecerdasan Interpersonal
· Kecerdasan Intrapersonal
· Kecerdasan Ruang Visual
· Kecerdasan Naturalis
· Kecerdasan Eksistensialis
RINGKASAN TOPIK
Sebagai seorag guru kita perli mengetahui dan bersedia dalam pengurusan pelbagai upaya. Hal ini kerana seseorang guru itu perlu memberi tumpuan secara terus terhadap masalah yang menyebabkan ketidakupayaan pembelajaran seseorang murid yang menghalang seseorang murid itu berfungsi secara normal. Seterusnya, seseorang guru juga perlu perlu memahami konsep pemulihan di mana seseorang guru itu perlu merawat masalah murid seawal mungkin agar tidak melarat dan bertambah teruk. Sebagai contoh, pelajar yang mempunyai perbezaaan minat dan gaya belajar berbanding rakan sekelas mereka akan mempuyai masalah lambat dalam menguasai atau lambat mahir kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sedia maklum bahawa guru memainkan peranan yang penting dalam pengurusan pelbagai upaya agar murid sentiasa dalam keadaan bersedia dalam menuntu ilmu. Selain itu, seseorang guru itu perlu memahami konsep penggayaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat membantu murid-murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Akhir sekali, dalam tajuk ini juga ada menceritakan tentang pelajar yang berkeperluan khas yang kita perlu ambil berat fahami secara mendalam.
Comments
Post a Comment