TAJUK 9 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN
- Guru bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting di sekolah.
- Dipercayai memiliki kewibawaan yang serba boleh.
- Mereka merupakan ‘arkitek’ yang mampu mengubah personaliti pelajar dan menjadikan anak didik mereka sebagai aset warisan kesinambungan bangsa.
KONSEP BIMBINGAN
- Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya.
- Bimbingan juga adalah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaa dan bakat yang ada dengan sepenuhnya.
- Bimbingan adalah merupakan bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau yang normal yang mengalami P&P mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. Bimbingan juga merupakan proses pembentukan maklumat dan nilai individu itu sehingga dia sapat menentukan tindakan yang wajar di ambil pada masa sekarang dan pada masa hadapan.
KONSEP KAUNSELING
- Kaunseling merupakan proses untuk membantu perhubunganberdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan.
- Kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.
ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM KAUNSELING
- Kaunseling adalah profesion
- Kaunseling berkaitan dengan kesejahteraan, pertumbuhan, personal, kerjaya dan patologi.
- Kaunseling dijalankan ke atas individu yang normal dan yang mempunyai masalah.
- Kaunseling dilakukan mengikut teori.
- Proses yang melibatkan perkembangan dan intervensi.
- Kaunseling mempunyai pelbagai kepakaran.
KONSEP PSIKOTERAPI
➜Ciri-ciri psikoterapi secara tradisional
- Memberi penekanan kepada masa lampau.
- Celik akal.
- Terapi bertindak sebagai pakar.
- Psikiatri/Psikologi menggunakanistilah psikoterapi
DEFINISI KAUNSELING
- Kaunseling merupakan proses bersemuka antara kaunselor dan klien. Tujuan pertemuan adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai untuk klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya di samping mengetahui buruk baik dan halangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
- Kaunseling juga bermaksud sebagai proses bantuan yang dijalankan oleh kaunselor bagi mengembangkan pemikiran, menstabilkan perasaan dan mengubah tingkah laku klien dan ia menitiberatkan faktor kerahsiaan.
JENIS-JENIS PERKHIDMATAN BIMBINGAN
Perkhidmatan Memberi Maklumat
- Mengumpul dan menyebarkan maklumat pelajaran, vokasional, latihan dan kerjaya kepada murid-murid. Ini dapat dilakukan melalui penerbitan risalah-risalah, buku-buku kecil, poster, buletin dan pengendalian hari kerjaya dan pameran kerjaya.
- Menambah dan mengemaskini fail-fail maklumat kerjaya, peluang-peluang latihan, pelajaran, sosial dan peribadi
Perkhidmatan Penempatan
- Membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya.
Perkhidmatan Mencegah Penyalahgunaan Dadah
- Mengadakan bimbingan individu atau kelompok untuk menanam dan memupuk sikap benci akan dadah.
- Memberi pertolongan kepada murid-murid untuk mendapatkan bantuan pemulihan atau rawatan.
- Memberi bantuan kepada murid-murid supaya dapat menyesuaikan diri ke alam sekolah selepas tamat pemulihan.
- Membuat penilaian dan memberi maklum balas kepada jabatan pendidikan negeri tentang program pencegahan penyalahgunaan dadah di peringkat sekolah.
Perkhidmatan Perundingan dan Rujukan
- Merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid
- Berunding dengan staf sekolah tentang cara-cara untuk meningkatkan tahap prestasi khidmat bimbingan di sekolah
- Menolong pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami dengan lebih mendalam akan program bimbingan di sekolah
Perkhidmatan Penyelarasan Sumber
- Menjadi penyelaras bagi aktiviti-aktiviti berkaitan dengan kebajikan murid-murid di antara sekolah dengan agensi-agensi luar
- Menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah.
- Merancang dalam menjadi penyelaras dalam usaha untuk memperkenalkan aktiviti-aktiviti bimbingan kepada agensi-agensi tertentu dalam komuniti tempatan.
Perkhidmatan Perbincangan dengan Ibu-Bapa
- Mengadakan hubungan dengan ibu bapa murid-murid untuk bersama mengawasi kemajuan mereka terutamanya dalam pelajaran
- Menjadi penyelaras program orientasi untuk murid-murid dan ibu bapa
- Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid
- Mengadakan sesi bimbingan keluarga jika didapati masalah yang dihadapi oleh murid-murid berpunca dari keluarga.
Perkhidmatan penilaian
- Menilai model bimbingan sebelum dilaksanakan di sekolah.
- Mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan.
JENIS-JENIS KAUNSELING
- Kaunseling Individu
- Kaunseling Kelompok
đŸ‘‰Kaunseling Akademik
- Menyediakan kaunseling bagi menolong murid memilih mata pelajaran sejajar dengan minat, keupayaan dan percapaian
đŸ‘‰Kaunseling Kerjaya
- Menolong murid-murid menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya.
- Memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid-murid bahawa perancangan kerjaya perlu dibuat daripada awal lagi.
đŸ‘‰Kaunseling Peribadi
- Kefahaman kendiri, iaitu membantu murid-murid secara individu untuk memperolehi maklumat dan membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak-kehendak masyarakat.
- Menolong individu membuat keputusan yang waras serta bijaksana.
đŸ‘‰Kaunseling Kelompok
- Kelompok boleh didefinisikan sebagai pengumpulan beberapa orang individu yang berinteraksi serta mempunyai perhubungan psikologi di antara satu sama lain.
- Kaunseling kelompok merupakan suatu perhubungan unik di mana klien berasa selamat untuk mebincang apa yang membimbangkan mereka serta untuk mengenal pasti tingkah laku baru yang diingini, mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan tingkah laku yang baru.
KOD TATA LAKU KAUNSELOR
- kaunselor hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang kaunselor dan integriti dan integriti profesion kaunseling.
- kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.
- kaunselor hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan jujur selaras dengan profesion kaunseling.
- Kaunselor hendaklah menghormati privasi klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperoleh semasa sesi kaunseling melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang di persekitarannya.
- Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio-budaya klien.
- Kmengutamakan keperluan klien daripada keperluan kaunselor sendiri
- Kkaunselor hendaklah diawasi dan dinilai tugas kaunselingnya oleh lembaga kaunselor melalui penyelian lazim dan sokongan perunding.
Guru-guru perlu tahu dan mahir dalam pengurusan penasihatan lebih-lebih lagi kepada guru bimbingan dan kaunseling yang sememangngnya bertugas sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Hal ini kerana, dalam bimbingan dan kaunseling guru-guru ini di latih dengan pelbagai teori psikologi dan teknik atau strategi dalam penasihatan. Antaranya ialah, teknik Humanistik iaitu setiap pelajar hendaklah dilihat secara keseluruhan, unik, berbeza dan penting. Teknik ini adalah dapat membantu guru dalam proses memberi kesedaran kepada pelajar untuk memperbaiki pemikiran, perasaan, sikap dan tingkah laku ke arah yang positif.Selain itu, guru-guru bimbingan dan kaunseling juga perlu faham tujuan kaunsling dilakukan kepada pelajar. Guru bimbingan dan kaunseling juga perlu memegang kepada kod etika yang telah di tetapkan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia dalam membantu pelajar-pelajar semasa sesi kaunseling dijalankan.
Comments
Post a Comment